hazryn69

Wednesday, May 24, 2006

CERITA AKU, KAU & DIA

"Apa? Mengapa? Kenapa? Bagaimana? Siapa?"

Aduh! Pening aku. Banyak betul soalan nya.

"Entah lah. Mana aku tau. Kau tanya la sendiri. Aku malas nak amik tau pasal hal orang lain. Nanti tak pasal2 aku plak yg kena balik. Kau bukan tak tau. Zaman la ni semuanya cash on delivery. Apa kita cakap pasai org lain, sat jer kena kat kita balik. Tak nak aku."

"Weh! Jgn la mcm ni... aku nak tau gak. Apa citer nyer?"

"Aaahhhh!!!! Cuba la jgn kaco minda aku ni. Byk bende lain yg lebih berpaedah aku nak pk kan. Jgn nak menyemakkan otak aku dgn bende2 yg x berpaedah tuh."

"Ok, ok ler. Aku bg ko relak dulu. Nanti ko dah sedia nak cerita kat aku, cpt2 panggil aku tau. X baik tau simpan sensorg. Aku kan kawan baik ko. Ape2 kongsi la babe. Ok? Aku balik bilik aku dulu. Slamat malam."

"Slamat mlm."

Hmmmmmmmmmmmm... Apa saje la budak ni. Ada jer nak menyibuk. Bz body betul, ngalahkan Joyah lak. Tp aku nak cerita ke kat dia? Kalu aku citer, apa agaknya reaksi dia? Dia boleh terima ker mcm mana aku boleh terima? Kalau aku tak citer, mesti dia akan desak gak. Bukan sehari dua aku kenal dia. Sejak sekolah tadika lagi. Dia la sahabat yg paling rapat, paling memahami, paling kepoh gak.... Entah lah. Bende2 mcm ni kekadang kite bukan leh sgt nak kongsi ngan org lain. Terlalu sensitif. Tak semua org boleh terima dgn terbuka. Aku? Alhamdulillah, aku masih waras, masih boleh terima hakikat, masih boleh membezakan mana yg baik dgn yg buruk walaupun keterbukaan pikiran ku boleh tahan gak. Aduh! makin pusing kepala aku. Ape aje la yg aku mengarut ni. Td kata tak nak pk. La ni dok pikiaq plak. Aaaahhhhh......


....release tension sat.... layan Bleach dulu la sat. Kang si Joyah tu kaco lagik, potong stim jerk.












Huarrrgggghhh... Ngantuk la plak. Dah kul 1pg? Patut la ngantuk benor. Layan Bleach sampai 5 episod, mana tak ngantuk. Dlm gelap lak tu, lagi la cpt ngantuk. Si Joyah tuh dah tido kot. Biar lah persoalan dia tu tergantung buat arini. Esok lusa tgk la mcm mana nanti. Aku nak tido ler. Esok nak keje, kalu x keje mau aku layan lg Bleach tuh. Dah berpuluh kali ulang pun, masih x jelak. Bukan ape, nak memahami kerekter ngan jln citer nyer. Sarikata laju sgt, x dan nak baca. Heehehehehe... Wokeh lah. Den nak melolapkan mato den. Jumpa lagi esok pagi.

Bersambung..........................

Sunday, May 21, 2006

NYAM...NYAM...NYAM...

Assalamualaikum...

Dah berape ari tak ber'blog' ek.. mcm le bz sgt... malas nak menaip sebenarnya.. sakit belikat.. kesian aku, kena dok menaip kat laptop ni kat bwh, nak naip kat meja tulis laki aku tuh cable tak sampai lak. Dia dok ataih kusi kat meja pc aku. Tension tul...semua dia konker. Ni boleh mendtgkan marah ni. Dah ler dlm gelap ni. Dia dok tgk 'Bleach'. Tak abis2.1 ari brp byk dia dok download. Aku tgk gak tp sekerat2. Laju sgt sarikata dia, tak dan nak faham. Kalu dok tgk, tak leh nak menanya, kang kena marah. Bosan betul. Konon nak konsentrasi... piiiiirah...

Arini aku telah berjaya buat "Puding Roti Berkaramel'. 1st time buat, jadi la plak. Yeaaa.....yea... sedap... tapi pahit sket coz terlebih hangus gula dia but stil manis. Nyam..nyam..nyam.. Esok nak wat ape lak ek? Macam nak wat 'cheese cake oreo' tapi mcm takde org nak mkn lak... takpe.. kite buat dulu. Pasti ada yg mkn la tuh.... konpem. Ari Jumaat minggu dpn nak wat Kek Cekelat. Nak wat bekal balik umah mentua. Nanti apa lak depa kata, takkan takde ape buah tgn. Buah tgn air tgn sendiri la nampaknya.

Minggu depan cuti sekolah, lakiku nak balik jumpa mak bapak dia. Dah rindu kampung halaman, bantal bucuk dia, kengkawan dia, ayam itik dia, lembu kambing dia, anak2 sedara dia dan segala yg sewaktu dgnnya. Sepanjang cuti sekolah ler aku ada kat KB. Nampak nyer 2 minggu gak le aku tak ber'blog'. Dan 2 minggu gak ler aku akan rindu kat Faris Daniel the Spiky Debot ngan Aryna Maisara the Beliak Girl. Gonna miss those little chicks - my niece & nephew. Mesti lepas cuti, Daniel tak kenal aku dah. Sehari tak jumpa pun dia blur2, apa lg 2 minggu. Budak baru nak kenal org, baru 7 bln lebih. Aryna baru 4 bln. Aku? Belum rejeki lagi. Tu rejeki adik2 laki aku. Cucu mak ayah aku.

Berenti sat. Nak layan Bleach sat. Tgh layan pun skang ni. Part Kurosaki Ichigo lawan ngan Kuchiki Byakuya. Yea..... Kurosaki-san menang. Eh! Dah abis la plak. Opssss... Naruto la plak. Apa la... tgh best Bleach tukau lak Naruto. Penin sat.... aduh! sakit belikat.....

Wokeh la... Stop kat sini dulu la... sok2, sambung lagi. Slamat pagi. Wassalam.

Thursday, May 18, 2006

NEW RESEARCH ABOUT MEN AND WOMEN

by Dr Mohammad Wisman Abdul
1. Tests have shown that women rate 3% higher in general intelligence than men although their brain size is smaller. Most women act dumb to make their mates look good.
2. Women are walking radar detectors, that is why men have difficulty lying to women. Their brains have the ability to integrate and decipher verbal, visual and other signals of body language.
3. Women want lots of sex with the man she loves! . Men just want lots of sex.
4. When men flirt, they will lower their pitch of voice. Women will raise theirs.
5. Women talk and think aloud while men do them silently. As a result, men think women talk too much and are nags.
6. Women talk about their problems as a way of relieving stress. She wants to be heard, not fixed being offered advice and solutions.
7. Speech and words are not a specific brain skill for men. They find it hard to express themselves. That's why they often choose greeting cards with plenty of words inside. That way, there's less space for them to write.
8. Women leave men, not because they are unhappy with what he can provide, but because they are emotionally unfulfilled.
9. Women uses an average of 20,000 communication words, sounds, and gestures a day. Men only use about 7,000.
10. So if a woman is talking to you a lot, she likes you. But if she's not talking, you're in trouble.
11. Men are more thick-skined than women. Literally. Which explains why women have more wrinkles than men. Boys lose their sensitivity to touch by the time they reach puberty. So where does all that sensitivity go? It all goes to just one area.
12. If a woman is unhappy in her relationship, she can't concentrate on her work. If a man is unhappy at work, he can't focus on his relationship.
13. Men can only do one thing at a time. When they stop their car to read a street directory, they have to turn down the radio. Women's brains are configured for multi- tasking performance. They can talk on the phone, watch the TV and cook at the same time.
14. Most men get a brain hemorrhage after 20 minutes of clothes shopping.
15. When it comes to sex, women need a reason; men need a place.
16. 15% to 20% of men have feminised brains. About 10% of women have masculinised brains. So there are more gays than lesbians in the world.

PEMBETULAN PADA "UNTUK RENUNGAN BERSAMA" YANG TERDAHULU

Assalamualaikum,

Saya merujuk kepada perkara di atas dan lakaran kartun yang di lampirkan adalah berkaitan. Setelah diteliti, antara dialog kartun tersebut ada menyebut

" YA, ISLAM MELARANG MEMAKAN APA JUA JENIS DARAH KECUALI DARAH IKAN DAN BELALANG....".

Ianya perlu di betulkan sedikit. Dalam Islam darah adalah HARAM untuk dimakan kecuali dua perkara iaitu HATI dan LIMPA. Manakala umat Islam juga di Haramkan untuk memakan bangkai kecuali dua perkara, iaitu IKAN dan BELALANG. Jadi dialog kartun tersebut perlu rujukan daripada ahli Agama yg mahir.

Mengenai fakta saintifik yang terkandung di dalam kartun tersebut, saya serahkan kepada yang pakar untuk mengesahkannya. Cuma di dalam Islam, makanan yang di halalkan kepada orang-orang Islam asasnya adalah makanan yang baik (tayyiban) seperti yg terkandung di dalam surah Al-Baqarah ayat 168 dan 172.

Sekian, terima kasih.
[ZAMRI BIN YUSOFF]
SETIAUSAHA SULIT KANAN
KEPADA TIMBALAN MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI,
PEJABAT TIMBALAN MENTERI,
ARAS 13, BLOK MENARA,
LOT 2G6, PRESINT 2, PUTRAJAYA
TEL: 03-88805047
FAX:03-88805049

Wednesday, May 17, 2006

SEBAGAI RENUNGAN BERSAMA



SPECIAL FOR ALL MY FRIENDS

WANITA

6 JENIS WANITA MALANG

"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, Dan yang Hananah, Dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah Dan yang Syadaqah."

Wanita Ananah:banyak mengeluh Dan mengadu Dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, "Aku membuat itu keranamu".

Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan Dan matanya pada tiap sesuatu,lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu Dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah: Ada 2 makna, pertama yang sepanjang Hari mengilatkan Dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan Dan tidak mahu makan kecuali sendirian Dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

19 KEISTIMEWAAN WANITA

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, " Ibu lebih penyayang daripada bapa Dan DOA orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan
atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan
dalam pergaulan dengan mereka Dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa
serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah R.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka Dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari Dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat Dan puasanya.

12. Aisyah R.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap Hari dengan 1,000 kebajikan Dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur Dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

Tuesday, May 16, 2006

Pembuka kata

Salam perkenalan. First time aku dengar pasal blogger ni. heheheheh.... Kesian, buta IT gak rupanya aku ni ek. Tu pun ntah mcm mana bleh terjumpa pasal blogger, terus je explore. Makanya, ini la hasilnya. Mesti seronokkan? Actually, aku tengah menggangur, so tak tau nak buat apa, surfing la. Baru jer masuk line Streamyx, makanya byk masa nak surfing. Boring dok umah je. Sambil main games Dominoes kat yahoo, sambil surfing. Nak chatting, lama dah tinggalkan zaman tu. Dulu2 memang giler chatting. Sampai sanggup tak tido malam semata2 nak berchatting tapi kelas still on. Cuma lalok la sket dalam kelas. Tu zaman masa study la. Biler dah keje, takde masa nak bersurfing, berchating ni. Kat opis pun bukannya ada access to internet kat dept aku. Bebudak admin jer ada. Kalau nak surfing pun tunggu lepas kul 5 ptg, pinjam pc depa. Tu pun just check email jer. Lelain takde la. Rasa mcm buta IT sat.

So, ingin tahu tentang diri aku? I'm just a simple woman (woman ker girl?). Dilahirkan di Hospital Besar Melaka tetapi dibesarkan di Johor Bahru. Ayah aku pesara Gomen, mak aku surirumah jer. Anak sulung drpd 4 beradik - aku, Din, Herol & Nisa. Bekas pelajar SK Bukit Senyum JB (darjah 1-4), SK Taman Pelangi JB (darjah 5-6), SM SETA JB (form 1-5) & EC JB (sat je masa lower 6 sementara tunggu masuk IPT, ikut member, boring dok umah). Then dpt masuk ITM Dungun T'ganu course DIA (1994). Aper tu? Dip. in Accounting ler. Org lain buat 3 thn, aku smbg lg 1/2 thn. Kantoi paper la plak. Abis DIA sambung lak BAcc kat UiTM Arau Perlis. Sajer mintak kat sana, tak pernah sampai utara. Masa study la masa nak berjln. X dpt p luaq negara, dlm negara pun jadi la kan? Fuh! round satu semenanjung tu. Dr JB ker T'ganu, then ke Perlis.

Kat Perlis aku byk belajar pasal kehidupan. Maklumla semua sendiri, dok umah sewa, p kelas naik gerek ngan baju kurung (aduh! ayu je rasanya masa tuh). Masa diploma dok asrama, x terasa sgt berjauhan dgn family, maklum member ramai, boleh dikatakan 1 kepala, jd x de la terasa sgt. 1 lg, pantang je cuti balik JB. Hujung minggu pun jadi gak. Kat Arau pun pantang cuti, aku balik gak. Walaupun amik masa dekat 12 jam nak sampai JB, puas ati beb dpt jumpa mak ayah. Sat pun jadi la.

Aku dok serumah ngan bebudak ex-UiTM Segamat, rasa mcm terasing gak, pastu depa sethn muda dr aku (ye la... aku extend DIA 1 sem, mana x nya) tp alah bisa tegal biasa. Lelama ok gak ngan depa, 1 kepala gak. 1 umah 6 org, 3 bilik, makanya 2 org 1 bilik. Aku dok bilik tgh ngan Rosted, budak DIA. Dia kena dok luaq sem tu. Master bedroom, Laily ngan Sham while bilik blkg, Yus ngan Zarin penghuninya. Bebudak sem aku majoriti ex-Arau ngan Manjung plus Segamat. Aku ngan 2 org budak lg je yg dr T'ganu (tu pun sebab bdk 2 org tu laki bini, lakinya org Aloq Staq). Panjang sebenarnya kalu nak cerita pasal kat sini. Aku rasa mcm malas la plak nak flashback memory lama tuh. Nanti la biler ada masa lain, aku citer lebih lanjut. Tapi yg pasti aku di Arau lebih lama drpd org lain. hehehehh... kantoi lagi... kali ni kantoi lebih byk... sampai kena buat rayuan masuk balik tuh. Nasib baik diterima balik dan aku lulus gak walaupun tidak cemerlang tp still 2nd lower class. Alhamdulillah.. mungkin berkat kesabaran dan doa mak ayah aku tuh.... makanya pada Jun 2002 aku menerima Ijazah aku.

Tapi belum rezeki aku utk bekerja... sethn gak dok nganggur kat umah, makan tanggung b***k cangkung. Then jiran aku suh apply SSL kat bhgn akaun IPK, JB. Makanya, aku apply dan dpt la plak. X sampai 2 minggu aku kat situ terus dpt panggilan interview yg mana minggu ke-3 tuh aku secara rasminya meninggalkan title penganggur yg telah aku pegang hampir sethn tuh. Makanya bermula episod hidup aku sebagai employee di sebuah sykt pembinaan - taraf 'Bumiputra' kelas A beb. Gaji permulaan kecik jer tp lepas tuh, pergh! lumayan pak. Sethn 2 kali increament, bukan sket2 tau.

Byk bende aku bljr kat situ especially ttg perangai makhluk ciptaan Allah yg pelbagai ni. Nanti aku citer ngan lebih lanjut bila aku rase aku nak bercerita la... nak kena pk gak ayat2 yg menarik dan x menyinggung perasaan org lain. Dan sekarang aku telah meletakkan jawatan aku dan kembali ke title asal aku sebagai seorg penganggur. Itu la cerita ku. Panjang lebar as intro pasti boringkan. Tapi idea tgh byk ni... x leh nak stop. Oppppsss... lakiku dah balik.. eh!! eh!! ada hadiah la plak... ooooooooooooooo.... lupe la...kan hari ni hari GURU. byk gak laki aku dpt... nak ampu cikgu la bebudak ni....

Ok la stop kat sini dulu, nak p bukak hadiah... heheheheheh.... jumpa lagi, Wassalam.