hazryn69

Wednesday, February 16, 2011

16FEB2011

nite...dah mlm le...gi la tido...
sebelum tu gosok la baju dulu....esok keje...
letih la....tp puas hati...heheeehehe...

Monday, February 14, 2011

PENDARAHAN SELEPAS PERSETUBUHAN

Berlakunya pendarahan selepas hubungan kelamin boleh menimbulkan ketakutan di kalangan wanita khususnya di kalangan umur empat puluhan ke atas. Ini satu tanda yang tidak boleh dipandang ringan oleh wanita kerana ia boleh menandakan satu penyakit di pangkal rahim yang mungkin berkaitan dengan tumbuhan kanser.
Jika ia berlaku sebaiknya wanita berkenaan berjumpa dengan pakar sakit puan dengan secepat mungkin untuk mendapat pemeriksaan peranakan dan membuat ujian-ujian yang sewajar bagi mengesan punca. Jangan ditangguhkan perkara ini kerana jika ia disebabkan oleh kanser rahimi a akan membawa pada padah yang lebih buruk. Walau demikian terdapat beberapa punca pendarahan selepas bersetubuh yang bukan disebabkan oleh kanser. Misalnya. Berlakunya jangkitan kuman pada pangkal rahim, hakisan atau erosion pada pangkal rahim dan tumbuhan polyp atau fibroid pada pangkal rahim.

Apa tindakan yang perlu?

Sebaiknya wanita yang mengalami pendarahan selepas bersetubuh patut mengunjungi doktor pakar sakit puan dengan secepat mungkin untuk mendapat pemeriksaan yang sewajar.
Doktor pakar akan membuat pemeriksaan peranakan serta membuat ujian pap smear, ini adalah satu ujian pelapis bagi kanser pangkal rahim. Di samping itu ketika memeriksa jika ada tumbuhan seperti polyps atau kesan jangkitan kuman rawatan sewajar dapat dilakukan. Misalnya kalau ada polyp atau cervical fibroid ianya dikeluarkan tanpa pembedahan atau bius ia boleh dilakukan di klinik sahaja. Jika terdapat kesan-kesan jangkitan kuman pembersihan ubat dan anti-septik perlu dilakukan, amalan ini perlu diteruskan oleh wanita-wanita yang khususnya mengalami keputihan yang sering disertai dengan bau, kegatalan atau lelehan yang berwarna serba kuning atau hijau. Rawatan juga merangkumi bahan kimia cautery iaitu penggunaan bahan kimia cecair seperti albothyl yang boleh disapukan pada pangkal rahim yang mengalami erosion ataupun jangkitan kuman.
Contoh pap Smear aakan dihantar ke makmal hystopathology dan biasanya keputusan akan didapati dalam beberapa hari kemudian. Pemeriksaan makmal terhadap pap smear ini akan dianggap sebagai satu yang perlu dilakukan dengan segera dan ingatan ini biasa disampaikan pada pihak makmal. Apabila keputusan sudah didapati daripada makmal pesakit atau wanita berkenaan akan dihubungi oleh klinik doktor dengan secepat mungkin. jika terdapat kelainan atau keganjilan pada ujian pap smear. Biasanya keputusan merangkumi lima peringkat iaitu:
I normal, II jangkitan kuman, III perubahan sel-sel seperti metaplisa, dysplasia dan juga perubahan sel-sel ke peringkat pra-kanser ataupun casynoma-incytoe. IV, V menandakan adanya sel-sel kanser.
Langkah-langkah ujian atau rawatan yang selanjutnya bergantung pada laporan pap smear tersebut. Jika ia dalam lingkungan dalam kelas pertama atau kedua iaitu normal atau jangkitan kuman biasanya rawatan berikutnya adalah untuk menjaga kebersihan faraj dan diberi ubat anti-biotik untuk kuman yang menjangkitinya dan wanita itu diberi juga vitamin yang boelh meningkatkan ketahanan badan seperti multi-vitamin dan vitamin C. Jika keputusan pap smear menunjukkan kelas ke-III, ke IV, ke-V ujian lanjut perlu dilakukan.
Setengah pakar sakit puan akan melakukan apa yang digelar colposcopy dan biopsi. Colposcopy ialah sejenis pemeriksaan peneropongan ke atas pangkal rahim untuk mengesan bahagian mana yang mungkin ada tanda-tanda sel luar-biasa dan dari situ ia akan mengambil secebis tisu. Proses ini digelar dengan biopsi dan tisu ini akan dihantar ke makmal untuk hystopathology untuk mengesahkan kanser ataupun lainnya.
Kadang-kadang doktor pakar sakit puan tidak melakukan colposcopy tetapi ia terus akan membawa pesakit ke hospital untuk melakukan apa yang dipanggil cervical biopsy.
Di sini pesakit perlu dibius dan sebahagian pangkal rahim akan dipotong untuk dianalisa di makmal. Keputusan makmal akan mengesan jika ada kanser atau tidak dan setakat mana kanser itu telah tumbuh, sama ada ia masih kekal pada pangkal rahim ataupun ia telah mula merebak kepada bahagian-bahagian lain, di sekitaran. Langkah-langkah ini adalah sangat penting sebelum rawatan tertentu diberikan kepada pesakit.
Oleh itu,saya ingin mengingatkan lagi betapa pentingnya wanita yang mengalami masalah pendarahan selepas bersetubuh walaupun sedikit pun untuk jangan melengah-lengahkan masa. Sebaiknya ia terus berjumpa dengan pakar sakit puan yang terdekat sekali.

14FEB2011

11.25am

hari ni keje, esok cuti...yeahhh..
selamat menyambut Maulidur Rasul....
ramai juga yg nak sambut valentine, tapi sbg umat Islam, kita patut tau mana yg patut kita sambut atau x...
tepuk dada tanya iman...
:)

Friday, February 11, 2011

11FEB2011

830am

uiks....mana janji2 manis mu ni? semlm x update langsung....
bz la nok...x lekat dpn pc pun...arini pun bz gak...x bz pun akan mem bz kan diri...heheheheehe...
lek2 la...wat slow2...man2...InsyaAllah, semuanya akan berjalan lancar....sabar kena byk...
k la...nak start wat keje dah ni...eh! ada makan2 la....hehehehehehe....

3.43pm
kul 5 bg gaji....blk awal...yeaaaaahhhhhhhh...
masih berbaki rasa marah...dah lama sgt kumpul kot...tu yg x leh nak hilang..
sapa nak mula kan dulu? hmmmmmmmmmm...biar masa yg menentukan...bak kata org, cakap bila perlu, diam bila rasa x dipedulikan...
:)
jom smbg keje...

11.34pm
dah mlm dah ni...ngantuk dah...esok keje dok...mission: must get 1 sale...jan 2 sales, feb must get 2 oso...gambateh
dah ok ke? ntah....bkn bertentang mata, x nmpk reaksi, x tau mcm mana...yg penting it has been started....next, kita tgk je la...but as 4 me, ianya masih bersisa...
so, morale of the story, pikir sebelum berckp walaupun kita rasa org tu rapat ngan kita coz kita belum tentu kenal sepenuhnya hati budi n cara penerimaan org tu terhadap kita...senang citer, shut up...ckp bila perlu, x puas hati? pekakkan telinga, butakan mata,wat dek je la....wokeh? wa syg lu la der....

Wednesday, February 09, 2011

09Feb2011

11.00AM
sakit hati ke?
Kadang kita fikir kita betul tanpa memikirkan hati dan perasaan org lain…kita rasa apa yg kita buat semua betul, org lain buat salah...kalau salah org cepat je kita Nampak, salah kita x amik tau langsung…benda kecik kita suka bersar2kan….biar org lain tau kesalahan org tp bila kita buat salah, kita buat2 x tau…bila org pertikaikan, kita x puas hati…susah bila kita rasa diri kita perfect…
Sebagai seorg insan, Muslimah or Muslim, jiwa yg bersih dpt membantu menjauhkan diri dr perkara2 yg dinyatakan…iman yg mantap dpt menjauhkan diri dr perkara2 tersebut…kita kena bersyukur atas nikmat yg Allah berikan pada kita…jgn simpan hasat dengki, iri hati, busuk hati, dendam dlm diri kita…sentiasa memaafkan kesalahan org lain samada sengaja atau tidak….baru la hidup kita akan aman tenteram….jauh dr segala penyakit PHD….

8.07PM
tgk pic apek beraya, terus teringat ayat ni "bagus kan bdk2 cina ni, pegi beraya sama2, dorg ni mmg kamcing. kenapa kita x mcm tu ek?" dgn jujurnya aku jwb "sebab dorg tu bujang, kita ramai yg dah berkeluarga, susah nak gerak sama2 dr 1 tmpt" tetiba ada plak menyampuk "lagi satu bdk2 melayu ni memilih kawan, kalau x ngam, x kawan" terkedu kejap aku bila dgr. TAPI BETUL KE MCM TU?

Tuesday, February 08, 2011

08FEB2011

8.31am
Morning 1MALAYSIA...
Apa aktiviti hari ni? payment 16hb, sorting 4 filing, but most important....COLLECT ANGPOW...yeaaaaaahhhhhh....target RM100....hahahahhaha....
InsyaAllah, rezeki tuk anak.... :)
dah...jom keje....smbg nanti yek...
12.09pm
smp ST ofis dpt 1 angpow....FC & FM diam je....org lain dah dpt....x aci ni...hehehehhe...
jom lunch...
2.05pm
dah dpt dah dr FC & FM...nak kuar pi mkn tserempak ngan FC....beliak2 mata sket, terus dia teringat x bg angpow lg...hahahahahahaha....lepas lunch, FM bg lak tp tu pun dia terlupa, dia bg kat mas jer....aku tercongok kat situ dia leh lupa nak bg...lain kali nak kena cr gaduh ngan dia br dia ingat aku kot...mcm mas n liza tu...hahahahahaha...
so, skang dah dpt 4...tunggu opisnya, tan sri n dato....pastu ikut rezeki la...ada lebih, dpt la lebih...
muuuuaaahhhh...
jom keje...

Monday, February 07, 2011

Updated photos...but not latest 1 la...
















ANGPOW LAI!!!!!!!!!

CHA SHEN TAO....CHA SHEN TAO....ANGPOW LAI....
hehehehehehe...arini dpt dah 1 angpow fm dato' ckw...FC lom bg lagi....esok kot coz ramai lg yg lom naik cuti cny'11...FM esok jgk kot....dah kira2 dpt 10 packet kot thn ni....rezeki dani...leh mama tmbh collection keta hotwheel dia tp mesti ntah2 kemana2 la dia letaknya....asyik hilang manjang...
15hb feb n mac lagi masyuk....allowance dok...plan2...kasut baru, sandal baru, baju keje baru, seluar keje baru, tudung ariani baru, selendang baru...byk nya....tamak sungguh tp tuk kepuasan hati setelah penat bekerja la dok....ok pe...give self rewards....tp yg paling penting leh savings asb....yeahhhhhhhhhhhhhhh...
dah dah dah...sambung keje lagi....jgn nak anyam ketupat cam org kat ujung tu....x sudah2 nambah dosa...
sambung nanti ek....salam...

Welcome me back....

Astaghafirullahhala'zim........lamanya x bukak blog, x updated langsung....mcm ilang ingatan plak....nasib bek email lama masih active....kalu dak alamatnya terkubur terus la blog ni...
InsyaAllah, selepas ni akan ada entry baru....tempat meluahkan perasaan....bole gitu?
Skang dah keje, almost 3yrs....bz jgn cakap la...ngalahkan tok najib(bak kata Dani)...happy wit my new life, new jobscope, new frens, new bosses,new lifestyle....especially 2011...
wait 4 my new entry ya...
lots of things 2 story mory....
muuuuuuuuaaaaaaaaahhhhhhh....