hazryn69

Monday, February 14, 2011

PENDARAHAN SELEPAS PERSETUBUHAN

Berlakunya pendarahan selepas hubungan kelamin boleh menimbulkan ketakutan di kalangan wanita khususnya di kalangan umur empat puluhan ke atas. Ini satu tanda yang tidak boleh dipandang ringan oleh wanita kerana ia boleh menandakan satu penyakit di pangkal rahim yang mungkin berkaitan dengan tumbuhan kanser.
Jika ia berlaku sebaiknya wanita berkenaan berjumpa dengan pakar sakit puan dengan secepat mungkin untuk mendapat pemeriksaan peranakan dan membuat ujian-ujian yang sewajar bagi mengesan punca. Jangan ditangguhkan perkara ini kerana jika ia disebabkan oleh kanser rahimi a akan membawa pada padah yang lebih buruk. Walau demikian terdapat beberapa punca pendarahan selepas bersetubuh yang bukan disebabkan oleh kanser. Misalnya. Berlakunya jangkitan kuman pada pangkal rahim, hakisan atau erosion pada pangkal rahim dan tumbuhan polyp atau fibroid pada pangkal rahim.

Apa tindakan yang perlu?

Sebaiknya wanita yang mengalami pendarahan selepas bersetubuh patut mengunjungi doktor pakar sakit puan dengan secepat mungkin untuk mendapat pemeriksaan yang sewajar.
Doktor pakar akan membuat pemeriksaan peranakan serta membuat ujian pap smear, ini adalah satu ujian pelapis bagi kanser pangkal rahim. Di samping itu ketika memeriksa jika ada tumbuhan seperti polyps atau kesan jangkitan kuman rawatan sewajar dapat dilakukan. Misalnya kalau ada polyp atau cervical fibroid ianya dikeluarkan tanpa pembedahan atau bius ia boleh dilakukan di klinik sahaja. Jika terdapat kesan-kesan jangkitan kuman pembersihan ubat dan anti-septik perlu dilakukan, amalan ini perlu diteruskan oleh wanita-wanita yang khususnya mengalami keputihan yang sering disertai dengan bau, kegatalan atau lelehan yang berwarna serba kuning atau hijau. Rawatan juga merangkumi bahan kimia cautery iaitu penggunaan bahan kimia cecair seperti albothyl yang boleh disapukan pada pangkal rahim yang mengalami erosion ataupun jangkitan kuman.
Contoh pap Smear aakan dihantar ke makmal hystopathology dan biasanya keputusan akan didapati dalam beberapa hari kemudian. Pemeriksaan makmal terhadap pap smear ini akan dianggap sebagai satu yang perlu dilakukan dengan segera dan ingatan ini biasa disampaikan pada pihak makmal. Apabila keputusan sudah didapati daripada makmal pesakit atau wanita berkenaan akan dihubungi oleh klinik doktor dengan secepat mungkin. jika terdapat kelainan atau keganjilan pada ujian pap smear. Biasanya keputusan merangkumi lima peringkat iaitu:
I normal, II jangkitan kuman, III perubahan sel-sel seperti metaplisa, dysplasia dan juga perubahan sel-sel ke peringkat pra-kanser ataupun casynoma-incytoe. IV, V menandakan adanya sel-sel kanser.
Langkah-langkah ujian atau rawatan yang selanjutnya bergantung pada laporan pap smear tersebut. Jika ia dalam lingkungan dalam kelas pertama atau kedua iaitu normal atau jangkitan kuman biasanya rawatan berikutnya adalah untuk menjaga kebersihan faraj dan diberi ubat anti-biotik untuk kuman yang menjangkitinya dan wanita itu diberi juga vitamin yang boelh meningkatkan ketahanan badan seperti multi-vitamin dan vitamin C. Jika keputusan pap smear menunjukkan kelas ke-III, ke IV, ke-V ujian lanjut perlu dilakukan.
Setengah pakar sakit puan akan melakukan apa yang digelar colposcopy dan biopsi. Colposcopy ialah sejenis pemeriksaan peneropongan ke atas pangkal rahim untuk mengesan bahagian mana yang mungkin ada tanda-tanda sel luar-biasa dan dari situ ia akan mengambil secebis tisu. Proses ini digelar dengan biopsi dan tisu ini akan dihantar ke makmal untuk hystopathology untuk mengesahkan kanser ataupun lainnya.
Kadang-kadang doktor pakar sakit puan tidak melakukan colposcopy tetapi ia terus akan membawa pesakit ke hospital untuk melakukan apa yang dipanggil cervical biopsy.
Di sini pesakit perlu dibius dan sebahagian pangkal rahim akan dipotong untuk dianalisa di makmal. Keputusan makmal akan mengesan jika ada kanser atau tidak dan setakat mana kanser itu telah tumbuh, sama ada ia masih kekal pada pangkal rahim ataupun ia telah mula merebak kepada bahagian-bahagian lain, di sekitaran. Langkah-langkah ini adalah sangat penting sebelum rawatan tertentu diberikan kepada pesakit.
Oleh itu,saya ingin mengingatkan lagi betapa pentingnya wanita yang mengalami masalah pendarahan selepas bersetubuh walaupun sedikit pun untuk jangan melengah-lengahkan masa. Sebaiknya ia terus berjumpa dengan pakar sakit puan yang terdekat sekali.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home