hazryn69

Thursday, May 18, 2006

PEMBETULAN PADA "UNTUK RENUNGAN BERSAMA" YANG TERDAHULU

Assalamualaikum,

Saya merujuk kepada perkara di atas dan lakaran kartun yang di lampirkan adalah berkaitan. Setelah diteliti, antara dialog kartun tersebut ada menyebut

" YA, ISLAM MELARANG MEMAKAN APA JUA JENIS DARAH KECUALI DARAH IKAN DAN BELALANG....".

Ianya perlu di betulkan sedikit. Dalam Islam darah adalah HARAM untuk dimakan kecuali dua perkara iaitu HATI dan LIMPA. Manakala umat Islam juga di Haramkan untuk memakan bangkai kecuali dua perkara, iaitu IKAN dan BELALANG. Jadi dialog kartun tersebut perlu rujukan daripada ahli Agama yg mahir.

Mengenai fakta saintifik yang terkandung di dalam kartun tersebut, saya serahkan kepada yang pakar untuk mengesahkannya. Cuma di dalam Islam, makanan yang di halalkan kepada orang-orang Islam asasnya adalah makanan yang baik (tayyiban) seperti yg terkandung di dalam surah Al-Baqarah ayat 168 dan 172.

Sekian, terima kasih.
[ZAMRI BIN YUSOFF]
SETIAUSAHA SULIT KANAN
KEPADA TIMBALAN MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI,
PEJABAT TIMBALAN MENTERI,
ARAS 13, BLOK MENARA,
LOT 2G6, PRESINT 2, PUTRAJAYA
TEL: 03-88805047
FAX:03-88805049

0 Comments:

Post a Comment

<< Home