hazryn69

Tuesday, May 16, 2006

Pembuka kata

Salam perkenalan. First time aku dengar pasal blogger ni. heheheheh.... Kesian, buta IT gak rupanya aku ni ek. Tu pun ntah mcm mana bleh terjumpa pasal blogger, terus je explore. Makanya, ini la hasilnya. Mesti seronokkan? Actually, aku tengah menggangur, so tak tau nak buat apa, surfing la. Baru jer masuk line Streamyx, makanya byk masa nak surfing. Boring dok umah je. Sambil main games Dominoes kat yahoo, sambil surfing. Nak chatting, lama dah tinggalkan zaman tu. Dulu2 memang giler chatting. Sampai sanggup tak tido malam semata2 nak berchatting tapi kelas still on. Cuma lalok la sket dalam kelas. Tu zaman masa study la. Biler dah keje, takde masa nak bersurfing, berchating ni. Kat opis pun bukannya ada access to internet kat dept aku. Bebudak admin jer ada. Kalau nak surfing pun tunggu lepas kul 5 ptg, pinjam pc depa. Tu pun just check email jer. Lelain takde la. Rasa mcm buta IT sat.

So, ingin tahu tentang diri aku? I'm just a simple woman (woman ker girl?). Dilahirkan di Hospital Besar Melaka tetapi dibesarkan di Johor Bahru. Ayah aku pesara Gomen, mak aku surirumah jer. Anak sulung drpd 4 beradik - aku, Din, Herol & Nisa. Bekas pelajar SK Bukit Senyum JB (darjah 1-4), SK Taman Pelangi JB (darjah 5-6), SM SETA JB (form 1-5) & EC JB (sat je masa lower 6 sementara tunggu masuk IPT, ikut member, boring dok umah). Then dpt masuk ITM Dungun T'ganu course DIA (1994). Aper tu? Dip. in Accounting ler. Org lain buat 3 thn, aku smbg lg 1/2 thn. Kantoi paper la plak. Abis DIA sambung lak BAcc kat UiTM Arau Perlis. Sajer mintak kat sana, tak pernah sampai utara. Masa study la masa nak berjln. X dpt p luaq negara, dlm negara pun jadi la kan? Fuh! round satu semenanjung tu. Dr JB ker T'ganu, then ke Perlis.

Kat Perlis aku byk belajar pasal kehidupan. Maklumla semua sendiri, dok umah sewa, p kelas naik gerek ngan baju kurung (aduh! ayu je rasanya masa tuh). Masa diploma dok asrama, x terasa sgt berjauhan dgn family, maklum member ramai, boleh dikatakan 1 kepala, jd x de la terasa sgt. 1 lg, pantang je cuti balik JB. Hujung minggu pun jadi gak. Kat Arau pun pantang cuti, aku balik gak. Walaupun amik masa dekat 12 jam nak sampai JB, puas ati beb dpt jumpa mak ayah. Sat pun jadi la.

Aku dok serumah ngan bebudak ex-UiTM Segamat, rasa mcm terasing gak, pastu depa sethn muda dr aku (ye la... aku extend DIA 1 sem, mana x nya) tp alah bisa tegal biasa. Lelama ok gak ngan depa, 1 kepala gak. 1 umah 6 org, 3 bilik, makanya 2 org 1 bilik. Aku dok bilik tgh ngan Rosted, budak DIA. Dia kena dok luaq sem tu. Master bedroom, Laily ngan Sham while bilik blkg, Yus ngan Zarin penghuninya. Bebudak sem aku majoriti ex-Arau ngan Manjung plus Segamat. Aku ngan 2 org budak lg je yg dr T'ganu (tu pun sebab bdk 2 org tu laki bini, lakinya org Aloq Staq). Panjang sebenarnya kalu nak cerita pasal kat sini. Aku rasa mcm malas la plak nak flashback memory lama tuh. Nanti la biler ada masa lain, aku citer lebih lanjut. Tapi yg pasti aku di Arau lebih lama drpd org lain. hehehehh... kantoi lagi... kali ni kantoi lebih byk... sampai kena buat rayuan masuk balik tuh. Nasib baik diterima balik dan aku lulus gak walaupun tidak cemerlang tp still 2nd lower class. Alhamdulillah.. mungkin berkat kesabaran dan doa mak ayah aku tuh.... makanya pada Jun 2002 aku menerima Ijazah aku.

Tapi belum rezeki aku utk bekerja... sethn gak dok nganggur kat umah, makan tanggung b***k cangkung. Then jiran aku suh apply SSL kat bhgn akaun IPK, JB. Makanya, aku apply dan dpt la plak. X sampai 2 minggu aku kat situ terus dpt panggilan interview yg mana minggu ke-3 tuh aku secara rasminya meninggalkan title penganggur yg telah aku pegang hampir sethn tuh. Makanya bermula episod hidup aku sebagai employee di sebuah sykt pembinaan - taraf 'Bumiputra' kelas A beb. Gaji permulaan kecik jer tp lepas tuh, pergh! lumayan pak. Sethn 2 kali increament, bukan sket2 tau.

Byk bende aku bljr kat situ especially ttg perangai makhluk ciptaan Allah yg pelbagai ni. Nanti aku citer ngan lebih lanjut bila aku rase aku nak bercerita la... nak kena pk gak ayat2 yg menarik dan x menyinggung perasaan org lain. Dan sekarang aku telah meletakkan jawatan aku dan kembali ke title asal aku sebagai seorg penganggur. Itu la cerita ku. Panjang lebar as intro pasti boringkan. Tapi idea tgh byk ni... x leh nak stop. Oppppsss... lakiku dah balik.. eh!! eh!! ada hadiah la plak... ooooooooooooooo.... lupe la...kan hari ni hari GURU. byk gak laki aku dpt... nak ampu cikgu la bebudak ni....

Ok la stop kat sini dulu, nak p bukak hadiah... heheheheheh.... jumpa lagi, Wassalam.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home