hazryn69

Sunday, July 16, 2006

Relaks...........

SAMAN.

Seorang anggota trafik sedang menulis saman terhadap sebuah motokar.
"Encik tanya kenapa? Pertama, encik langgar lampu merah, kedua, encik
melebihi had laju, dan sekarang ni, encik parking atas kaki saya! Pedih
tauuu??"......


PENING.

Seorang bos masuk ke opis dalam keadaan sakit kepala. Seorang staf memerhati keadaan bos nye, lalu bertanya,
"Kenapa bos? Nampak macam sakit jer.?"

"Yer la Semaun, kepala aku ni sakit sangat!" kata bos.

"Dua hari lepas saya pun sakit kepala jugak bos, tapi bila balik, isteri saya bawa ke katil, peluk dan mencium saya. Lepas itu kami melakukan seks. Habis saja kami bercumbu sakit kepala terus hilang. Saya rasa bos pun patut buat macam tu jugak la?", terang Semaun.

"Betul ker? Kalau macam tu, mari kita jumpa isteri ngko sekarang,??.


RABA

Dalam sebuah lif yang penuh sesak, Nurul geram melihat suaminya Helmi yang nampak riang kerana dihimpit oleh seorang wanita cantik dan seksi. Ketika lif sampai dibawah dan pintu terbuka, wanita seksi itu tiba-tiba menampar Helmi. Sambil berjalan keluar dia berkata, "Jantan tak tahu malu, berani kau raba punggung aku. Rasakan!" Helmi tercenggang melihat keadaan itu segera berkata kepada isterinya.

Helmi: Sumpah yang.... abang tak raba pun punggung perempuan tu, percayalah...
Nurul: Ya, saya percaya.
Helmi: Terima kasih kerana percayakan abang. Tak pasal-pasal abang dapat penampar free. Tapi macamana sayang percaya abang tak lakukan?
Nurul: Sebab saya yang raba punggung wanita tu!...


JAMUAN.

Pada hari jamuan makan di tadika anak aku yang pertama, aku membuat biskut untuk dimakan oleh 25 orang pelajar di tadika tersebut. Bila anak aku pulang dari jamuan itu, aku lihat anak aku bawa balik separuh dari biskut yang aku buat pagi tadi. Katanya,"kenyang la mak, tak larat la nak makan semua?


MASALAH EKONOMI

Ayah: Kenapa markah ngko nie sikit sangat? Ngko selalu ponteng kelas yer?
Anak: Ayah tau tak, penurunan nilai mata wang dunia memberi kesan kepada
semua benda?


CINCIN

Sepasang kekasih sedang ber'dating' di tepi tasik. Tiba-tiba si teruna mengeluarkan kotak cincin dan melamar si dara. Sudikah kau menjadi isteriku?

"Macam mana harus ku kata, sedangkan aku mencintai orang lain?" jawab si dara.
"Cakap siapa jantan itu??"kata si teruna penuh kegeraman.
"Tak mau. Nanti kau pukul dia!" kata si dara ketakutan.
"Mana ada..!? Aku cuma nak jual cincin ni padanya. Mana tau dia ingin melamarmu nanti?"


ROH ABANG BELIAU.....

Kisah berlaku hasil cerita seorang kawan yg pernah digangu roh abgnya selepas 3 hari mati. Dia kata abgnya mati sebab kena 'main' org. Aku pun tertimbul idea cakap yg aku rasanya tahu mesti roh abg dia tak aman.maka dia pun bercerita...

As usual kekadang org cina nih suka masok kubur dgn harta diaorg. So, abg dia dgn handset, laptop, PS2 suma sekali ikot masok. Dgn harapan abg dia dpt la mati aman sikit. So, lepas sehari...kemurungan dalam keluarga tuh masih ada. Jadi dgn cara sembahyang je diaorg lupakan kisah tuh. Sampai la ke hari kedua...mereka seolah dihantui roh si mati.

Kawan aku cakap dia rasa setiap kali mcm ada sesuatu je yg panggil dia. Tapi dia buat dek pasal takut. Sampai la mlm kedua tuh...dia dgr ada org ketuk tingkap dia. Dia takut sangat, terus sambung tidur sambil menekup muka dgn bantal dan anggap semua tuh mimpi karut jer.

Sampai ke hari ketiga...satu keluarga mmg rasa seolah olah diperhatikan ke mana sahaja mereka berjalan dlm rumah. Dlm hari tu la kedengaran bunyi org selongkar almari...tapak kaki naik turun tangga...suara memanggil dari tingkat atas. Tapi semua buat dek jer..doakan benda tu berlalu pergi.

Sampai le tetiba handset si kawan aku berbunyi...dia angkat terus dan tetiba "Alo..adik yer?" Dia terkejut...dia tgk nombor tuh...mmg sah nombor abg dia. Maka dia pun jawab balik "Abg ke?" dan serta merta air mata mengalir sebab dia rindu sangat dgn abg dia.

Abg dia pun reply balik "Adik...abg tak boleh lama nih. Abg cuba panggil adik tiap malam..tapi adik tak dgr" Kawan aku menangis jer dgr keluhan abg dia...

"Adik, abg nak adik tanya dekat mak" kata abgnya. "Apa dia bang?"Kata kawanku.
"Tanya mak...mana dia simpan charger hp abg? letih carik tak jumpa plak~"


PUKUL BERAPA BUKA??!!

Pada suatu tengah malam telepon di rumah seorang pustakawan berdering.

"Pukul berapa perpustakaan akan di buka?" seorang pemuda di hujung talian bertanya.
"Jam 9 pagi encik, apa hal yang penting sangat encik menelifon saya tengah malam buta nie?" tanya pustakawan tadi.
"Tak boleh buka awal lagi ke?" pemuda itu bertanya lagi dengan nada kecewa.
"TIDAK, tidak akan dibuka sebelum pukul 9!" si pustakawan menjawab dengan nada yang tinggi.
"Penting sangat ke sampai encik tidak boleh tunggu sampai pukul 9 pagi untuk masuk?".
"Siapa kata saya mau masuk?" kata pemuda itu kesal,
"SAYA MAU KELUAR!"

0 Comments:

Post a Comment

<< Home